Thursday, 12 July 2012

NAIL COLOUR


Assalamualaikum ...


Tengok Post's Title and Picture je pun dah tahu Zety nak cerita pasal apa kan ? Takkan la title and picture Nail Colour tetiba nak cerita pasal sambal belacan  kan ? Em , terasa lapar la pulak :3

Oke ,sambung pasal nail colour .. Mesti ramai girl-girl dekat luar sana yang bergelar sebagai Penggila , Penggemar , Pengobses tapi bukan Pencuri Nail Colour taw . Tak baik curi-curi ..

And korang mesti pernah mengalami situasi bila korang nak pakai nail colour tu tiba-tiba korang tengok nail colour tu dah keras .. Haha , time tu mula lah pelbagai perasaan yang timbul . Geram , sedih , gembira ? Haha , geram sebab nail colour tu baru beli lepas tu tak sampai sebulan dah keras . Sedih sebab korang penat-penat kumpul duit semata-mata nak beli nail colour idaman tapi senang-senang je dia nak keras . Gembira sebab korang dapat mintak nail colour baru dekat mama korang .

Kepada yang geram and sedih tu , tak payah nak geram-geram , tak payah nak sedih-sedih .. Zety nak share satu tips macam mana nak cairkan semula nail colour yang dah keras tu . Kepada yang dah tahu its oke , Zety cuma nak share pada yang tak tahu ..

Caranya mudah saje ... Tuang sedikit Nail Polish Remover ke dalam bekas nail colour korang tu . Jangan tuang terlalu banyak .. Nanti dia jadi terlampau cair . Korang boleh agak-agak sendiri . Cuba kacau dengan berus nail colour tu kalau korang rasa nail colour tu masih keras , tuangkan sedikit lagi nail polish remover tu . Kalau korang rasa dah oke , tayah tuang nail polish remover tu lagi .Senang kan ?

So girl-girl dekat luar sana tayah geram-geram atau sedih-sedih lagi .. Sebab dah tahu kan tips nak cairkan balik nail colour . Nanti boleh cuba oke ?

Tujuan Zety share bukan nak galakkan orang pakai nail colour . Sekadar berkongsi ilmu .Sebab dulu waktu sekolah Zety belajar course Seni Kecantikkan . So sedikit sebanyak ada jugak la ilmu yang boleh dikongsikan . Kan ?

PEACE yaa :3

No comments:

Post a Comment