Wednesday, 26 September 2012

Say NO to CHEAP CONTACT LENSE


Amaran daripada Kementerian Pelangi Merah Jambu, entry ini tidak berkaitan dengan sesiapa sama ada cleaner rumah orang tua, driver bas sekolah, tukang paip sambilan atau penjual contact lense di kaki lima.

Assalamualaikum...

Fuh, fuh!! Dah berhabuk blog ni.Eh, siap ada spider man buat sarang. Maaf kepada semua followers(ada ke?) sebab dah lama tak update blog ni. Masa tak mengizinkan. Busy la konon..

Say NO to Cheap Contact Lense?
Why? Why? ....

HAHA, sebelum Zety jawab kenapa Zety nak share satu story pasal Zety.

Zety mula berkenalan dengan contact lense ni masa Zety form3. Time tu ada pak cik saudara Zety yang jual. Zety teringin nak pakai. Bodek mak suruh belikan last-last dapat jugak.

Masa tu pengetahuan tentang contact lense memang takde. ZERO ok. Zety pun tak pakai sangat sebab pernah try sekali tapi pedih gila.

Entah macam mana boleh terpikat dengan si contact lense ni. Pandai betul dia menggoda. HAHA.. Mula-mula order dekat internet sebab dekat area rumah Zety tak jumpa lagi orang jual. Ada memang ada. Tapi yang mahal punya. Nak yang murah je.

Hampir 2 tahun setengah lah Zety pakai contact lense murah ni. Plus dekat area rumah Zety dah ada jual. Lagi la bertambah gila dengan contact lense murah ni. Dah la murah banyak pilihan, macam-macam corak ada.

Lama-lama Zety terasa macam ada side-effect pakai yang murah ni. Contact lense murah ni keras tau. Different dengan yang berjenama. Sebab tu kalau pakai terasa ada benda melekat dekat mata. Lagi bertambah pedih kalau mata tengah kering atau dekat tempat air-cond.

Penah sekali mata Zety susah nak bukak waktu bangun tidur. Mata berair je. Bukan air mata, tapi air tu pekat, jernih and berbau sikit. Kadang-kadang pakai sekejap je pun mata dah pedih then merah. Ada lagi, kadang-kadang penglihatan tetiba jadi kabur.

Moral of story, Zety dah tak nak pakai lense yang murah. Lebih baik spend duit sikit untuk beli lense yang berjenama. Duit boleh cari, mata tak ada ganti. Betul tak? Terima kasih kepada BULETIN UTAMA TV3 sebab dapat menggerunkan dan mengisafkan Zety. Thanks jugak sebab dorang dah mengupas isu contact lense murah ni. Takut kena pakai mata orang mati kalau dah buta. Tu pun kalau ada orang nak derma.

Haaa, Winkwink.. Zety try satu brand contact lense ni. Brand Bionics.. Tu dekat bawah tu...


Tak mahal pun RM45 je. Kalau nak yang more colour ada jugak. Tapi RM65. Brand Bionics ni guna Sandwich Technology. Nak tahu lebih lanjut search GOOGLE ye.. Ngeee ...

Actually Zety nak try fresh kon, tapi dekat kedai tu tak ada yang Zety nak. Kalau yang ni ok nak pakai ni jela. Kalau tak, try yang lain je...

Eh, ada lagi. Sebelum ni Zety pakai solution cap tesco.(mohon jangan mengutuk dalam hati)HAHA, tapi time beli lense Bionics ni Zety beli solution dengan eye drops sekali. Solution all in one brand Sauflon RM20. Eye drops brand Systane Ultra RM13. Ni dia.... Taraaaaa.....


Lepas ni nak more care tentang mata. Tak nak amik ringan je. Nasihat zety, kalau pakai lense tu dah rasa ada side-effect better stop it jela. Bahaya nokkkkk...

Sampai di sini je Zety mengarang. Wait for the next post ok :*

PEACE yoo (^^)Y

Thursday, 16 August 2012

Duhai si penghuni hati


Duhai si penghuni hati

Hati ini terisi dengan satu nama
Hanya satu jiwa yang mampu menakluknya
Masa berlalu begitu pantas ..
Tanpa sedar 5 purnama telah berlalu ..
Dialah sang penghibur hati
Dan dia jugalah sang pengguris hati ..

Duhai si penghuni hati

Susah senang kita sering bersama
Tapi kadang kala hati ini sedikit terluka
Aku tahu dirimu bukannya sempurna
Ada kala kau tiada di sisi
Saat dirimu dinanti ..
Namun aku juga manusia biasa
Sedikit sebanyak hatiku terasa
Namun ku hanya pendam
Tidak mahu kau tahu dan Cuma berdiam

Duhai si penghuni hati

Adakah kau tahu kau sering melukakan hati ini ?
Tapi kau lah yang merawatnya
Amarahmu mengguris hatiku
Baranmu meluluhkan hatiku ..
Ada kala hati ini menangis ..
Mengenangkan dirimu yang tidak berubah ..

Duhai si penghuni hati

Sedarkah kau perubahan pada diriku ?
Aku bukan yang kau kenal dulu
Aku cuba menjadi yang terbaik
Walaupun aku tahu aku bukan yang terbaik
Namun , kenapa masih tiada perubahan pada dirimu ?
Atau apa yang aku lakukan selama ni sia-sia padamu ?

Duhai si penghuni hati

Dengarlah apa yang ku mahu luah
Aku tak pernah mengharap sesuatu yang mewah
Aku tak pernah kenal erti kalah
Aku sentiasa nantikan saat kau berubah ..

Duhai si penghuni hati

Tahukah kau aku bahagia semenjak hadirnya kau di sisiku?
Aku tak pernah menyesal mncintaimu
Cuma aku menyesal kita tidak dipertemukan dari dulu
Tetapi rahsia Allah siapa yang tahu …
Setiap kehendaknya pasti akan berlaku

Duhai si penghuni hati

Bukan ungkapan I LOVE YOU yang ku mahu
Hanya ungkapan “AKU TERIMA NIKAHnya” yang ku perlu
Tak perlu menjadi seromantik ROMEO padaku ,
Yang ku harapkan satu hari nanti kau menjadi imam tika solatku
Bukan ku harap kau bawa ku ke oversea ,
Cuma aku harap kau bakal membimbingku ke syurga firdausi

Duhai si penghuni hati

Telah lama kau mengisi hatiku ..
Sudah kah kau tahu apa misimu ?
Adakah aku sekadar penghiburmu ?
Atau aku bakal menyempurnakan hidupmu ?
Semua jawapannya hanya kau yang tahu
Biarlah masa yang menentu

Duhai si penghuni hati

Sehebat mana pun kita merancang
Setebal mana pun perisai kita bina
Sesetia mana pun kita
Andai kata tertulis kita akan bersama
Kita pasti akan bersama
Andai kata sebaliknya
Terimalah dengan seadanya ..
Mungkin ada hikmah di sebaliknya

Duhai si penghuni hati

Jawapan telah ku berikan
Persoalanmu telah terungkai
Segala yang tersimpan telah ku luah
Renungkanlah madah ku ini …
Hanya kau terisi di hati ini
Wahai si penghuni hati
Muhammad Fadzil bin Idris …

Monday, 6 August 2012

Salah Siapa ?


''DONT JUDGE A BOOK UNDER ITS COVER'' . Biasa kita dengar kan ? Tapi pernah tak kita berfikir sejenak kenapa RAMAI suka menghukum sesuatu sebelum mereka tahu perkara yang sebenar ?

Zety bagi contoh , andai kata ada orang bagitahu dekat korang dekat satu semak tu ada ular . Korang percaya tak ? Secara logiknya korang akan percaya sebab biasa dalam semak-semak ni ada habitat ular . Tapi secara dasarnya korang sendiri tak tahu statement tu betul ataupun tak . Korang tak pergi semak tu pun tapi korang boleh setuju yang dalam semak tu ada ular .

Kenapa korang percaya ? sebab tempat tu semak kan . Cuba kalau tempat tu bersih , takde semak mesti korang akan fikir berkali-kali untuk percaya dekat orang yang cakap tempat tu ada ular .

Apa kaitan semak , ular dengan kita ? Haha

Kita sering gunakan pepatah ni . Mesti lah marah bila orang percaya benda yang sebenarnya kita tak buat , Orang tu tak kenal kita lagi tapi dah judge kita . Geram kan ?

Tetapi , penah tak kita renung diri kita sebentar . Tanya pada diri sendiri kenapa orang mudah sangat percaya benda yang kita tak buat ? Kenapa orang terlalu senang menghukum tanpa mengadili siapa diri kita sebenar ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri . Luaran kita akan menunjukkan siapa kita pada mata manusia . Ini kerana mata manusia hanya mampu menilai yang zahir , bukan batin .

Deduksinya , kita kenalah berpakaian dan berperangai sopan kalau tak nak dengar cerita-cerita yang menyakitkan hati dan telinga . Yang tertutup tu kan lebih indah .

Zety sekadar mengingatkan diri sendiri dan readers yang lain . Bersama-sama kita elakkan fitnah :))



PEACE yaa :3

Wednesday, 18 July 2012

Wajah Kesayangan Hamba



Assalamualaikum ...

Entry kali ni agak sedih sikit sebab Zety nak cerita pasal seseorang . Tentang kakak yang paling rapat dengan Zety .

Time kecik-kecik dulu Zety tak suka dia sebab dia suka buang barang kalau bersepah lepas tu suka bising-bising dekat rumah . Lepas tu time dia form 4 kalau tak silap , dia sekolah dekat Perak . So aman gila rasanya masanya dia takde dekat rumah .

Jarak umur kitorang memang jauh walaupun dia kakak atas Zety. Kitorang beza 7 tahun . Entah macam mana bila Zety dah besar sikit baru rapat dengan dia . Maybe time kecik-kecik tak sekepala lagi kot . Hehe ...

Bila ada ape-ape cerita selalu share dengan dia . Dia pun same, ada je macam-macam cerita . Pasal ex2 BF dia lah .. Ops , lupa nak bagitahu , dia dah kahwin tauuu ... Dulu masa dia bujang Zety ada jugak teman dia pergi dating . Ala , taktik lama ... Nak keluar bawak adik .. Haha , kan kan ??

Masa Zety sekolah KL kalau malas nak balik rumah Zety pergi rumah dia dekat Kajang . Bila kitorang dah jumpa dia pun jadi bujang balik la . Kitorang lepak kedai makan berdua je ..

Boleh dikatakan dia antara kakak yang paling sporting . Boleh share cerita pasal Bf time Zety still sekolah lagi . Bf Zety sekarang ni pun dia yang jumpa dulu . Dia siap belanje Zety dengan Bf main bowling lagi . Baik kan ? Perangai dia sejak dari dulu dia tak kedekut . Kalau dia ada duit dia belanja . Kalau tak faham-faham sendiri la .

One day , dia disyaki menghidap penyakit yang paling digeruni wanita . Rasanya tak perlu Zety nyatakan dekat sini . Bila dia pergi rawatan kampung disahkan penyakit tu dah berada di tahap 2 . Tak tahu lah macam mana perasaan dia . Buat masa ni semangat yang paling penting . Besar betul dugaan untuk dia kali ni .

Kalau nak tunggu hospital , kena tunggu lama baru boleh check . Tarikh temu janji dengan doktor bukan main lama lagi . Tak tahu lah kenapa sistem hospital tu macam tu . Dah berak baru nak gali lubang agaknya .Sekarang ni dia sedang cuba berubat cara kampung .


Ya Allah , kau sembuhkan lah penyakit kakak ku Noor Hafizah ya Allah .. Berikan lah semangat untuk dia agar dia kuat menghadapi ujian mu ini ya Allah .. Sesungguhnya engkau tak akan memberikan cubaan yang tak mampu ditanggung oleh hambamu ... dan sesungguhnya engkau lah maha pengasih dan penyanyang ... Berikan lh kesempatan untuk ku agar dapat bersama dengan kakak ku seperti dahulu . AMIN ....


Readers di luar sana tolong doakan kakak Zety sembuh dari penyakit dia ea ? Semoga dia dapat kembali tersenyum seperti dulu :'(


Ni lah wajah kesayangan hamba 

PEACE yaa :')

Tuesday, 17 July 2012

Friends

Achoommm ... Em , dah lama tak demam , sekarang demam pun . Tapi demam-demam pun sempat update blog tauuuu ... Kelas kau maria ... Oke , entry kali ni ialah pasal FRIEND atau in malay KAWAN ..


  1. Orang kata kalau takde kawan kita tak boleh hidup 
  2. Orang kata kawan selalu teman kita ketawa dan menangis
  3. Orang kata kawan sama macam adik-beradik
  4. Orang kata kawan sukar untuk ditinggalkan apa lagi untuk dilupakan ..

Banyak lagi yang orang kata . Tapi tu orang kata lah . Korang setuju atau tak tu terpulang kepada korang . Tapi yang penting Zety nak share satu cerita mengenai kawan .


Dulu Zety duduk asrama . So bila duduk asrama ni , kita dengan kawan-kawan dah macam adik-beradik . Dekat asrama sama-sama , dekat kelas sama-sama , dekat dewan makan , surau ... Senang cerita selalu sama-sama . Bila ada masalah pun share sama-sama .

Nak dipendekkan cerita , bila habis sekolah masing-masing bawak haluan sendiri . Ada yang pergi belajar ..
Ada yang kahwin .. Eh , kahwin takde lagi ... Memandai je tauu ... One day , Zety perasan ada salah sorang kawan Zety ni takde dekat friend list FB Zety . Bila Zety search nama dia pun takde . Mati-mati ingat dia dah close account FB dia .Zety tanya dekat kawan yang rapat dengan dia pun kawan dia tu tak jawab .

Sampailah satu hari baru Zety dapat tahu yang Miss F tu rupanya BLOCK Zety dari Fb dia . Seriously Zety tak tahu apa salah Zety . If you all  in the same situation , what you feel ? Marah ? Sedih ? Macam-macam perasaan ada kan ? 

Lagi menyakitkan hati bila dapat tahu Miss F tu tak puas hati dengan Zety pasal JANTAN . Hey hello , im not like you lah dear . DESPERATE . If that boy tak IM dulu , takkan la tetiba aku nak start dulu . Lain kali cop dekat kepala jantan tu name kau . Baru orang tahu kan ?

Tak tahulah perempuan tu block sama ada sebab jantan atau sebab status Zety yang pasal cakap ramai orang senang masuk U walaupun tak layak sebab ada orang dalam .. So sorry ... Terasa ea ? Childish la terasa dengan status orang then block-block pulak  . Tahu lah rupa macam budak-budak , tapi perangai matang sikit boleh kan ?

Waitttt ... Tak habis lagi la . Today , Miss F tu adding me back on FB . OMG , tak malu ke ? Tiba-tiba block orang then ADD balik ? What type of girl larh .. So sorry la .. Terpaksa block kau pulak sebab kau yang start dulu . Style aku senang je , kau buat salah kau mintak maaf . Then kalau aku buat salah aku mintak maaf . Settle ... 

Enough la .. Zety malas nak tulis panjang-panjang . Lagi-lagi pasal orang macam ni . Bukan nak tambah musuh , tapi siapa suruh jolok sarang tebuan . Tak nak kawan takpe . Tak terjejas pun hilang kawan macam kau .


Say Good Bye je dekat orang macam tu.. And say Hello dekat kawan baru . Lebiuuu larh dekat korang ...

PEACE yaa :3


Thursday, 12 July 2012

NAIL COLOUR


Assalamualaikum ...


Tengok Post's Title and Picture je pun dah tahu Zety nak cerita pasal apa kan ? Takkan la title and picture Nail Colour tetiba nak cerita pasal sambal belacan  kan ? Em , terasa lapar la pulak :3

Oke ,sambung pasal nail colour .. Mesti ramai girl-girl dekat luar sana yang bergelar sebagai Penggila , Penggemar , Pengobses tapi bukan Pencuri Nail Colour taw . Tak baik curi-curi ..

And korang mesti pernah mengalami situasi bila korang nak pakai nail colour tu tiba-tiba korang tengok nail colour tu dah keras .. Haha , time tu mula lah pelbagai perasaan yang timbul . Geram , sedih , gembira ? Haha , geram sebab nail colour tu baru beli lepas tu tak sampai sebulan dah keras . Sedih sebab korang penat-penat kumpul duit semata-mata nak beli nail colour idaman tapi senang-senang je dia nak keras . Gembira sebab korang dapat mintak nail colour baru dekat mama korang .

Kepada yang geram and sedih tu , tak payah nak geram-geram , tak payah nak sedih-sedih .. Zety nak share satu tips macam mana nak cairkan semula nail colour yang dah keras tu . Kepada yang dah tahu its oke , Zety cuma nak share pada yang tak tahu ..

Caranya mudah saje ... Tuang sedikit Nail Polish Remover ke dalam bekas nail colour korang tu . Jangan tuang terlalu banyak .. Nanti dia jadi terlampau cair . Korang boleh agak-agak sendiri . Cuba kacau dengan berus nail colour tu kalau korang rasa nail colour tu masih keras , tuangkan sedikit lagi nail polish remover tu . Kalau korang rasa dah oke , tayah tuang nail polish remover tu lagi .Senang kan ?

So girl-girl dekat luar sana tayah geram-geram atau sedih-sedih lagi .. Sebab dah tahu kan tips nak cairkan balik nail colour . Nanti boleh cuba oke ?

Tujuan Zety share bukan nak galakkan orang pakai nail colour . Sekadar berkongsi ilmu .Sebab dulu waktu sekolah Zety belajar course Seni Kecantikkan . So sedikit sebanyak ada jugak la ilmu yang boleh dikongsikan . Kan ?

PEACE yaa :3

Pelangi dan Merah Jambu

Assalamualaikum ..

Firstly , Zety nak ucap WELCOME to my new BLOG ... Actually ni bukan blog pertama Zety .. Ada dua tak silap yang sebelum ni . Tapi dah tak aktif dekat dua blog tu .. So , sekarang ni lah blog official Zety ... Rasanya dah cukup pembuka bicara ni .. Hehe


Oke , rasanya readers nampak kan title blog ni ? PELANGI MERAH JAMBU . Tengok gambar atas ni ..
Why pelangi ? Why merah jambuZety akan explain why title ni dipilih ..


PELANGI : Korang semua mesti pernah tengok pelangi kan ? Ala , yang muncul lepas hujan tu ...
                   Dari segi Sains pelangi terbentuk daripada hasil pembiasan cahaya . 
                   Cantikkan pelangi tu ? Pelangi kan warna-warni ... So , pelangi ni sinonim 
                   dengan kehidupan kita .
                   Selain tu , warna-warna pelangi ni jugak boleh menceriakan kita . Tak faham ? 
                   Ala , susah nak explain . Fikir sampai faham ea ? Tak nak fikir pun takpe :))


MERAH JAMBU : HAHA , sesiapa yang kenal Zety mesti tahu betapa obsesnya Zety dengan 
                            warna PINK . Lagi-lagi  time zaman sekolah . Kalau boleh one set nak 
                            warna pink . Hehe , sampai ada yang panggil Zety Minah Pink . 
                            Cuma sedih sebab tak ada school uniform warna pink .
                           


So dah tahu kan sebab apa Zety pilih title tu ? Sebenarnya tak jadi masalah kita nak letak title ape sekali pun selagi tak menjejaskan orang lain . Betul tak ? Cuma saje nak buat entry pasal title blog baru Zety ni .

PEACE yaa :3